Sunday, April 12, 2009

ruang rindu:antara rindu pada sahabat, rindu pada orang tua dan rindu padaNya

Dua kerinduaan yang jauh berbeza,rindu pada sahabat hanya berbentuk duniawi yang bersifat sementara dan akan terlepas bila kita telah bertemu. Siapa yang tidak rindukan sahabat2 yang telah lama tidak kita temui? Semua orang merindui sahabat2nya malah ada pasangan kekasih yang sudah sebulan tidak bertemu (merujuk adik angkat ku) hari ini akan melepaskan rindunya pada sang kekasih. Ada pula sang anak yang terlalu rindu pada kedua orangtuanya yang telah lama pergi mengadap illahi. Dan akan melepaskan rasa rindu itu dengan menziarahi makam mereka dan menyedakahkan surah al-fatihah pada mereka. Ya kerinduaan ini tidak akan terubat walaupun setiap hari kita menziarahi makam mereka kerana masa hayat mereka kita gagal untuk membahagiakan mereka. Tanyalah diri kita sendiri apakah sudah cukup kita membalas budi yang telah mereka berikan pada kita?. Ingatlah berbakit pada orang tua kita ketika hayat mereka masih ada bukan setelah mereka menemui penciptanya,ketika itu penyeselan saja yang ada pada diri kita lantas menggamit rasa rindu pada mereka. Rindu padaNYA adalah satu kerinduaan yang amat menyesakkan dada. Setiap saat. setiap detik dan setiap jam yang berlalu tidak ada waktupun yang dapat memadamkan rasa rindu padaNYA. Semakin usia kita meninggkat semakin dalam rasa rindu ini. Dan semakin tebal rasa rindu kita padaNYA semakin kuat keinginan kita untuk segera bertemu denganNYA. PersoalanNYA adakah sudah siap kita untuk bertemu denganNYA dan melepaskan rasa rindu ini? Bekal kita sudah cukup untuk perjalanan yang jauh ini?. Ya bagi yang tidak pernah sesaat pun melupaiNYA mereka pasrah dan redha dengan ketentuanNYA. Bagi yang merasa belum cukup bekalan itu,fikir-fikirlah langkah yang sewajarnya kerana Ruang Rindu kita padaNYA hari demi hari semakin membesar, kerana dunia tempat kita yang kita panggil tempat tinggal, tempat berteduh dan segala macam tempat (ikut tafsiran setiap penafsirnya) hanyalah satu penjara yang sangat luas. Satu penjara yang mempunyai kecukupannya sehingga manusia terlupa pada akhirat dan timbang taraNYA di padang mahsyar nanti. Oleh itu timbang-timbangkan...............DUNIA INI PENJARA hidup RUANG RINDU padaNYA adalah penyelesaian pada penyakit DUNIAWI ini.....................................walahualam.